Monday, January 25, 2010

Koleksi Taman Okid & Taman Burung II

Gallery 2

koleksi Taman Okid & Taman Burung I

Gallery I




Taman Okid Kuala Lumpur

Pada 1 Januari 2010 aku berjogging kat Taman Okid KL. Nampaknya tak banyak pokok kerana sedang dalam pengubahsuaian. Harap DBKL dapat memperuntukkan bajet secukupnya untuk tanaman okid. kalau tidak.... rasa malu pulak dengan penggunjung dan pelancong asing.. penat mereka datang ... tak dapat lihat okid....

Taman Okid KL telah dirasmikan oleh Tun Dr Siti Hasmah Ali (ketika itu Datin Seri) pada hari Selasa, 15 April 1986.

Sunday, January 24, 2010

Japanese Garden Bukit Tinggi

Selepas ke Colmar ( 24 Januari 2010), kami ke Japanese Garden pulak... Menikmati kehijawan hutan khatulistiwa.... Naik bukit punyalah tinggi... tapi.. ok gak ... boleh exercise sikit.. paling seronok si Faris... bagi makan ikan..... Cuaca sejuk gak....

Berjaya Resort (Colmar Tropicale)

Pada hari Ahad- 24 Januari 2010 kami sekeluarga pergi ke Colmar Tropicale.. Asalnya pergi sarapan pagi kat R & R Genting Sempah . Pekena nasi lemak.. bebudak makan Mc Donalds. Pukul 9. 00 pagi, tak tau nak buat ape.... pergi Bentong cari durian. Makan sebiji di simpang Mempaga dan terus balik . Dalam perjalanan.. teringin nak singgah kat Bukit Tinggi Resort ( Colmar dan Japanese Garden ). Kat sana dari 11.30 hingga 3.15. Sampai rumah pukul 3.50 Petang.