Dah lama tak tangkap gambar kapal terbang kat KLIA.... Rindu jugak. Tak ada member nak pegi. Pegi sorang takut jugak kat dalam kebun kelapa sawit tu. Rasanya nak pegi spotting kat Cengkaring Soekarno-Hatta, Jakarta dan Sultan Thaha Airport, Jambi. nampak angle baik kat sana.
Pada 17-19 Dis 2009 aku bawak keluarga bercuti ke Terengganu. Walaupun musim tengkujuh, kami tetap seronok menikmati suasana laut bergelora... Kami menginap di Awana Kijal , tempat biasa kami menginap kalau ke Terengganu. Memang Best... Penat baru balik Indonesia pun hilang dek seronok tengok laut. Rasanya.. tiap-tiap tahun akan datang kesini. Insya Allah.
Berhari raya di kampung Sri Menanti, Muar, Johor memang seronok. Dapat bertemu sanak saudara. Gambar ini hanya sebahagian sahaja yang sempat dirakam. ramai yang belum pulang di hari raya pertama.
Keluarga Zuhar: Azyan, Faris ,Zuhar, Liyana, Hanisah, Farzana Ayahanda dan Bonda tercinta
Pelabuhan Kuala Tungkal, sebuah bandar di utara Jambi ( sekitar 130 KM ) dari Jambi. Tepi laut bahagian timur Sumetra. Jika menaiki feri, hanya mengambil masa 4 jam dari Pulau Batam. Merupakan pintu masuk utama dari batam ke Sumetra. Uniknya bandar ini ialah bahagian tingkat atas bangunan kedainya bukan didiami manusia, tetapi burung layang-layang. Boleh lah dikatakan bandar ini ialah BANDAR BURUNG LAYANG-LAYANG. Ternakan burung untuk sarangnya dilakukan secara besar-besaran di sini . Jika diperhatikan di dinding bangunan, banyak lubang-lubang untuk burung masuk. Kaset/tape di gunakan untuk menarik burung ke dalam sarang... ada juga yang pakai bomoh.... cerita orang di sana... puh ... jadi rumah antu...
Jeti feri Batam-Kuala Tungkal
Banyak kantor disini. Ini kantornya Bapak Siswanto